Sunday 12 May 2013


KETERANGAN AM

Nama Biasa : Belimbing 
Nama Saintifik :
 Averrhoea carambola 
Keluarga :
 Oxalidaceae


Asal :
Belimbing Besi dikatakan berasal dari Asia Tenggara, dari Kepulauan Jawa sehingga ke Filipina.

Kawasan Utama Tanaman : 
Tanaman Belimbing boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia terutama di negeri-negeri Johor, Selangor, Kedah, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Kegunaan : 
Belimbing enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, jam, jeli, candy dan juga belimbing dijadikan sebagai pencuci mulut dan hiasan dalam hidangan.
TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok belimbing boleh menjangkau pada ketinggian 5 hingga 12 meter. Mempunyai banyak dahan dan tunas-tunas air. Pada peringkat permulaan pokok berbentuk pramid dan membulat apabila pokok membesar. 

Daun : 
Daun belimbing kecil membujur (oval). Di permukaan atas daun licin dan berwarna kekuningan manakala permukaan bawah berwarna hijau gelap. Daun berukuran 2–4 cm lebar dan 2–9 cm panjang.

Bunga :
Bunga kecil dan berwarna ungu. Terdapat 5 sepal, 5 petal dan 5 stamen. Ovari terletak di bawah style. Bunga terbentuk pada semua bahagian batang, dahan dan pucuk.

Buah : 
Buah berbentuk bujur dan terdapat 5 atau 6 sudut/lurah. Jika dipotong, ia berbentuk bintang. Buah berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning atau orange apabila masak. Isinya lembut, berair, ranggup dan manis dan sedikit kelat rasanya

Indeks Warna : 
1. Keseluruhan buah berwarna hijau
2. Buah bertukar warna hijau terang
3. Buah bertukar warna kuning kehijauan
4. Buah bertukar warna hijau kekuningan
5. Buah bertukar warna kuning
6. Buah berrtukar warna oren
Kandungan Zat Makanan :
Kandungan
Unit/100gm
Kalori
24 kcal.
Protin
0.7 g
Lemak
1.9 g
Serabut
1.8 g
Kalsium
7 mg
Besi
0.4 mg
Vitamin A
26 mg
Vitamin B1
0.07 mg
Vitamin B2
0.07 mg
Vitamin C
25.8 mg

No comments:

Post a Comment